Friday 14 June 2013

kadang dan kalau

kadang- kadang kita perlu tempat untuk meluahkan rasa hati, tak kiralah pada teman, keluarga atau sesiapa saja.
Namun aku lebih gemar menitip di dlm blog atau dairi sahaja kerana aku sudah maklum tiada yg sudi membacanya. kerana akj jua tau tiada yang menarik untuk di baca.
Bila sendirian bergini, banyak pula yang berlegar- legar di kepala ku. Memikirkan tentang diri aku, memikirkan tentang keluarga ku. Kadang- kadang terfikir mengenai masa lampau. Aku terasa aku sudah tua... fizikal ku, minda ku... dah terlalu letih.
Kalaulah aku mampu memutarkan masa, aku ingin kembali ke 14 tahun yang lalu di mana aku mula melangkah mencorak kehidupan ku... mungkin aku tak jadi bergini.. mungkin aku berada di satu dimensi yang lain. Itu pun kalau.....

Thursday 13 June 2013

Gelang Pandora

Terbaru dari Aciktopi Gallery adalah gelang pandora. Cantik sekali dah murah harganya. Jika berminat boleh hubungi Pn Mai di 0166020774, dan anda boleh kunjungi page www.facebook.com/aciktopigallery untuk lebih informasi