Wednesday 11 May 2016

Jangan


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.  
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).
 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.. 
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH 
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 

SUP CENDAWAN BONDA ROTI PERANCIS BAWANG PUTIH

Kali ni saya nak kongsikan satu resepi makanan 
kegemaran saya. Bila hilang selera makan kalau 
makan ni memang akan berselera semula. 
Sangat- sangat "comfort". 

SUP CENDAWAN BONDA
ROTI PERANCIS BAWANG PUTIH
(Sumber: Seharum Dapur Bonda/GRO)

BAHAN:
300 ml air
500 ml susu segar
Sekeping dada ayam – potong kiub kecil-kecil aje
1 atau 2 ketul kiub pati ayam
1/2 st daun parsley kering
1/2 st serbuk lada hitam
sedikit garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sb mentega
serbuk perasa jika suka

1 tin cendawan butang dalam tin ~ buang air dan hiris atau cincang halus
# kalau guna cendawan butang segar lg sedap (admin GRO)

CARA:
1. masukkan air dan isi kiub isi ayam dan rebus sampai masai
2. Masukkan susu ke dalam periuk...biarkan ia mendidih baru masukkan kiub pati ayam
3. kacau sebati dalam 2-3 minit masukkan serbuk lada hitam + cendawan butang..kacau lagi dalam 15 minit
4. masukkan daun parsley kering + mentega + garam dan kacau selalu dalam 10 minit
5. tepung gandum dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul kemudian masukkan ke dalam periuk
6. kacau sebati sehingga sup agak pekat..aku renehkan agak lama supaya semua masak dan sebati
7. sedia dihidang bersama garlic bread...

GARLIC BREAD
BAHAN:
roti perancis – hiris serong
2 sb mentega
secubit daun parsley kering (tak ada tak apa tapi lagi uhmm la)
1 ulas bawang putih bakar sekejap dan tumbuk halus - cincang pon pe..

CARA:
• campurkan semua bahan dan sapukan atas roti yg telah dipotong
• letakkan atas kuali leper...
• bakar hingga garing dan keperangan

Tuesday 10 May 2016

Aku pun nak tulis juga




Hari Ibu.
Ramai je orang yang nak tulis pasal hari ibu ni.
Ada macam- macam pendapat yang keluar.
Ada yang kata haram, tak yah sambut, hari- hari boleh sambut ngan ibu.
Bagi aku pula, lantaklah korang nak cakap apa.
Sebab bagi aku, memang patut ada satu hari khas untuk meraikan ibu kita.
yer betul hari- hari boleh sambut, tapi aku tanya korang ya... jangan nak menipu lah yang korang hari-hari sambut ngan mak korang. korang buat ker?
Nak beli kek sepotong hari- hari pun berkira. Belum lagi mak korang minta tolong kemas rumah ke, pergi kedai ke, muka masam jer kluar.. merungut lagi tu.
Itu kalau yang mudanya, yang memang dok ngan mak memasing.
Yg dah ada kerja sendiri, dah ada duit tu, hurm.. kena pulak dok jauh.. ada ker korang call kata kay mak korang, happy mothers day hari- hari, ada? text, sms, whatsap? ada?
Jadi janganlah nak poyo sangat.
Apa pun, aku cuba hari- hari nak bagi mak aku happy. Masa aku muda- muda dulu, aku ni degil, susah nak bercakap ngan mak ayah aku. Dah mula berusia ni baru nak rapat, berbual mesra, bergelak ketawa dengan dia, pasal apa dulu akau rasa cukup dah aku bagi duit jer tiap-tiap bulan (itu pun ada miss jugak, belum masuk hujung bulan pinjam lagi kat dia). Walaupun dok serumah ngan dia dulu, aku banyak buat hal aku sendiri.
Lepas aku jatuh sakit dah nak mati dah masa tu, barulah aku bagaikan terantuk menyesal dan mula beri perhatian lebih kepada mereka. Biarlah aku jadi punching bag tak per asal kan mak nampak aku ada bila dia perlukan aku.
Mak, Kakyong sayang sangat kat mak...