Tuesday 27 September 2016

Happy Birthday to me... usia ku meningkat lagi. Namun umur bukan lah satu ukuran menunjukkan aku semakin matang atau tidak. Aku telah buka kembali hati ini untuk menerima kasih sayang sahabat serta si dia. Siapa si dia? biarlah aku simpan dahulu kisah dia sehingga tiba masa aku akan bercerita mengenai dia. boleh?


Aku akan mulakan buku baru lagi hari ini... harap ini keputusan yang terbaik buat aku. Tiada harapan yang tinggi kerana pesan seorang sahabat ini akan aku ingat selalu agar menjaga hati sendiri sebab tak der orang nak jaga hati sendiri selain diri sendiri.



Tuesday 6 September 2016

Tekad ku

Aku pasti telah benam segalanya namun bergitu terdapat cebis- cebisan yang masih melekat di pinggir hatiku. Aku terfikir adakah dia akan muncul kembali? atau itulah sahaja penamatnya? Bagaimana dengan kenangan yang telah tercipta? Perlukah aku benamkan juga?Semua itu adalah soalan- soalan yang perlu aku jawab nanti, namun sekarang aku memilih untuk membiarkan sahaja ia berlalu di bawa angin lalu.

Kini aku mula rasa gembira, bahagia, kerana ada yang sudi menjaga hati ku, kerana ada yang menunjuk minat untuk mengambil berat mengenai aku. Terasa seronok sangat. Tak kisahlah walaupun hanya seketika tetapi aku tetap gembira dan akan aku hargai semua kenangan yang tercipta. Semuanya berlaku dengan bergitu cepat.


Namun semua itu telah berlalu, aku akan mengorak terus kehadapan mencari kebahagian aku sendiri. Aku akan hadapi semua masalah yang menimpa agar tidak akan ada rasa penyesalan di kemudian hari. Aku tahu setiap yang berlaku semua bersebab dan aku redha dengan ketentuannya. akan aku perbaiki diri ku lagi demi masa depan aku  kerana apa saja yang berlaku bermula dari hari ini. Aku yakin aku mampu...