Showing posts with label kakyong. Show all posts
Showing posts with label kakyong. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua. Dah lama aku dah mencoretkan luahan hati aku disini. bukan tak mau cuma semuanya hilang bila tangan mula menyentuh keyboard.
 camner aku ngan dia? hurm aku masih lagi mcm tuh.. cuma rasa insecurity. rasa tak selamat.. mana nak rasa selamat bila dia masih menghubungi gf dia lagi.. lalu aku ni sape? Aku pun tak tau..


betul ke ada rasa syg di hati dia? betul ke aku yg dia sayang? atau hanya lah sesorang yg sentiasa bantu dia bila dia dlm kesusahan? aku hari2 berdoa agar aku dapat hatinya sepenuhnya.. tapi kenapa masih ada lagi perempuan tu? dia kata dia dah berhenti hubungi dia.. tapi kenapa masih jumpa dia? aku tak tau... aku penat dah sebenarnya.. apa lagi perlu aku buat? semua dah aku bg.. aku dah tak de apa2 dah.. aku kecewa sangat.. kecik hati sangat..











Tuesday, 18 April 2017

Aku Sanggup- Sufi

terima kiriman lagu ini di dalam whatsapp aku pagi ini.. tak sengaja air mata aku melimpah-limpah tak dapat aku hentikan.. kenapa terasa sgt di hati aku? sebab dia yg bg pd aku? entahlah..





Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita
Seperti lalu saling menyayangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata

Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Sayang aku sanggup

Friday, 10 March 2017

LATELY.. keadaan aku agak lemau.. tak taulah kenapa.. energy aku hilang.. pelbagai perasaan berbaur dalam diri ini. kenapa yer?



Mungkinkah aku ni tak cukup baik untuk ini kerana itu aku asyik sendiri. Apakah aku terlalu bergantung? terlalu berharap? terlalu membosankan? Hati aku rasa penat dan letih sekali. Aku rindu sangat kerana aku syg pada dia.. apa yg dia katakan aku tak mau berkongsi segala masalah aku ngan dia. semuanya aku pendam dan simpan sendiri. aku tak tau aku bergitu.. pelik kan..


mungkin juga aku yg terasa sendiri.. terlalu overthingking tapi jujur aku katakan yang aku rasa aku tak nak kehilangan dia.. yer betul ada juga yg tak boleh nak terima aku dengan dia dan ada juga yg menentang tapi hati aku hanya maukan dia? adakah aku obses? yer mungkin.. makin jauh hubungan makin dalam perasaan aku utk dia.. Makin aku cuba menolak peasaan itu makin kuat dia menyelimuti hati aku.

Apa sebenarnya yang aku mau? aku tak mau jauh dari dia.. yer betul tu mmg aku tak mau jauh dari dia.. kalau aku ada kemampuan yang lebih mungkin lebih kerap aku dtg jumpa ngan dia.. seorang sahabat pernah berkata pada aku, kenapa nak jadi hamba dia.. ikut jer kata dia gi sana jumpa dia... tak boleh ker suh dia dtg cari kau kat sini... aku cuma senyum dan pandang sahabat aku itu. Kalau aku berada sama situasi dia aku paham bgai mana rasa dia.. bertolak ansur,.. give and take.. kalau aku mampu aku gi cr dia.. bergitu sebaliknya.. bila aku kat sana, dia sedaya upaya melayan aku supaya aku happy bila bersama dgn dia..

Mungkin org tak leh nak faham tapi itu lah hakikat dia.. bile aku berada disisi dia.. dia akan berusaha bagi aku happy.. berusaha melayan perangai aku yang bukan2 ni.. aku nampak usaha dan aku rasa sayang dia pada aku.. tapi aku cuma manusia biasa.. bermacam2 perasaan negatif hadir bila dia jauh dari aku... mungkin kerana terlalu sayang pada dia.


Tuesday, 27 September 2016

Happy Birthday to me... usia ku meningkat lagi. Namun umur bukan lah satu ukuran menunjukkan aku semakin matang atau tidak. Aku telah buka kembali hati ini untuk menerima kasih sayang sahabat serta si dia. Siapa si dia? biarlah aku simpan dahulu kisah dia sehingga tiba masa aku akan bercerita mengenai dia. boleh?


Aku akan mulakan buku baru lagi hari ini... harap ini keputusan yang terbaik buat aku. Tiada harapan yang tinggi kerana pesan seorang sahabat ini akan aku ingat selalu agar menjaga hati sendiri sebab tak der orang nak jaga hati sendiri selain diri sendiri.



Tuesday, 19 January 2016

2014-2016


Jika di perhatikan posting saya dulu stop pada pertengahan tahun 2014. Pada bulan September 2014 saya telah kehilangan ayah yang saya sayangi. Jadi saya tak mampu nak menulis apa- apa apatah lagi tribute khas buat ayahanda tercinta hinggalah baru- baru ini sahaja.


Saya berhenti dari Pharmaniaga dan berada di hospital untuk menemani ibu yang turut serta bersama dalam kemalangan yang menyebabkan saya kehilangan ayah saya.  Ibu saya patah kaki hingga terpaksa masukkan besi bagi mengganti tulang yang hancur.




Setelah itu saya telah mula bekerja di KTT sebagai Marketing Assistant...  ketika itu lahirlah seorang lagi anak buah saya..


i wish i could describe more... after Falah Badri.. kami terima seoang lagi ahli keluarga baru



Eva Malaika... namum dalam kegembiraan kami kehilangan lagi... Seth Adam meninggal ketika di dalam kandungan...

Kini dan terbaru kami kahilangan lagi seorang lagi ahli keluarga kami, Muhammad Salihan Izham ayah kepada Lana Marissa dan Eva Malaika serta Suami buat adik saya Nurul Zaidah.




biarlah gambar sahaja berbicara.. kehilangan yang bergitu besar sekali... namun kami tetap menerima kedatangan yang baru...

Thursday, 7 January 2016

Maafkan kakyong

Rindu datang bertamu lagi di lubuk hati ku. Betapa banyaknya memori antara aku dan ayah. Walaupun setahun sudah berlalu namun ianya macam seperti semalam. Banyak perkara buat aku ralat sangat. Tapi aku bersyukur kerana aku bersama dia ketika ayah pergi.
Maaf kakyong ayah sebab kurang memeluk mu
Maafkan kakyong ayah kerana selalu menyakiti hati mu
Maafkan kakyong ayah sebab tak mampu menjadi anak yang sempurna di mata mu
Maafkan kakyong ayah kerana tak mampu jadi kakak yang sempurna buat adik2...
Maafkan kakyong ayah.. aku rindu senyuman mu