Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Thursday, 2 February 2017

Ceritera kita lagi

Aku berkira- kira untuk menulis lagi, namun setiap kali jari ini menyentuh papan kekunci ini segala yang bersarang di kepala ini hilang berterbangan. Kenapa agaknya ye.. Setiap kali aku lihat gambar dia.. bermacam- macam ingin ku kisahkan namun bila ngadap lappy ni semua hilang.. stress plak raser.
Hubungan aku dan dia semakin lancar namun bergitu biasalah kadang2 kita ni nak bermanja lebih tapi tak dapat rasa geram gak.. tapi itu adalah resam hidup kata org tua-tua. Ha.. pandai plak kan guna perkataan ala sastera.


Nampakkan muka gembira tu.. agak kerap jugaklah jumpa dia dalam bulan januari ni.. itu pun masih tak puas lagi.. cepat jer rasa rindu... aku dah janji dengan dia utk share segala hal dengan dia tanpa selindung apa2 lagi, sedih ker, susah ker, apa- apa saja.. dan bergitu juga aku mau dia buat yang sama. Telah aku katakan pada dia yg aku akan terus menyokong dia dalam apa saja keputusan yang akan di buat demi masa depan dia.. Aku akan tarik dia suapaya bangkit semula dan mulakan hidup baru dan aku berharap aku ada dalam rancangan masa depan dia.. (please you jgn lupakan i tau).

Apa yang dapat aku lihat dia mla ceria dan mula bangkit. aku harap aku cukup kuat untuk menarik dia bangun semula. yerlah dia masih muda aku pulak dah tua, tapi apa yang aku buat semua mengikut kapasiti yang aku ada untuk bantu dia bangun. Dan aku perlu berusaha untuk diri sendiri agar bangun bersama dia untuk berjaya dalam impian aku.. hurm.. impian aku untuk idup bersama dia, kumpul modal untuk diri aku sendiri untuk maju lagi jadi aku dapat bersama dengan dia dimana sahaja dia berada. Cuma aku masih bingung memikirkan kenapa dia tak mo unblok aku dari FB dan Wechat dia. hurm... tak perlah aku tak mo fikir buruk nanti overthinking plak. Aku rasa ini ajer kot buat kali ini. Akan aku kisahkan lagi ceritera kita lagi..

Sunday, 18 December 2016

Inikah akhirnya?

Hati aku sakit, terluka, namun yg berlaku itu semua silapku... dan kerana silap ku itu aku bakal kehilangan dia,...

dia dah blok fb aku skang.. enggan bercakap dengan aku.. bahasa dia kini hanya aku kau aja.. aku pulak camner.. terkaku bisu.. tak mampu untuk mempertahan kan diri sendiri

aku tak tau camner agaknya akan jadi lagi... aku tak tau.. apakah ini akhirnya?




Kadang kadang aku lemas.. kenapa aku terus aja mengalah.. tak melawan.. pasal aku berusaha nak jaga terus hubungan aku.. namun akhirnya....
puas aku jaga hati ini jangan terlalu sayang malangnya, skit demi skit hati aku hilang kepadanya.. akhirnya ......kenapa aku tak habis kan kata2 aku? sebab aku pun tak tau apa akhirnya lagi... namun apa yang aku mampu berdoa mohon pertunjuk dari allah sama ada betul dia utk aku atau tidak... 

apakan ini akhirnya?

Wednesday, 30 March 2016

~No Title~

Kadang- kadang aku jadi lemas tenggelam dalam perlbagai persoalan diri...
Kadang- kadang aku rasa tenang setenangnya dalam kehidupan harian ku...
Kadang- kadang aku tak keruan memikirkan hal hati dan diri ku sendiri,,,
Apa sebenarnya yang aku mahukan?
Apa sebenarnya yang terpendam dalam minda aku?
Apa sebenarnya yang telah menjadi duri dalam hidup aku?
Apa yang aku inginkan untuk masa depan aku?
Apa sebenarnya?

Aku seperti insan-insan lain yang menjalankan kehidupan biasa,
Bangun pagi, bersiap pergi kerja
Petang habis waktu kerja balik rumah dan rehat...
Semua ini rutin kebanyakan insan- insan lain termasuk aku juga
Namun bergitu, aku mudah bosan.
Aku tak gemar tesekat terlalu lama dalam satu perkara...
Aku ingin buat yang lain lagi... akibatnya... aku jadi tamak inginkan yang lebih lagi..

Tuesday, 19 January 2016

2014-2016


Jika di perhatikan posting saya dulu stop pada pertengahan tahun 2014. Pada bulan September 2014 saya telah kehilangan ayah yang saya sayangi. Jadi saya tak mampu nak menulis apa- apa apatah lagi tribute khas buat ayahanda tercinta hinggalah baru- baru ini sahaja.


Saya berhenti dari Pharmaniaga dan berada di hospital untuk menemani ibu yang turut serta bersama dalam kemalangan yang menyebabkan saya kehilangan ayah saya.  Ibu saya patah kaki hingga terpaksa masukkan besi bagi mengganti tulang yang hancur.




Setelah itu saya telah mula bekerja di KTT sebagai Marketing Assistant...  ketika itu lahirlah seorang lagi anak buah saya..


i wish i could describe more... after Falah Badri.. kami terima seoang lagi ahli keluarga baru



Eva Malaika... namum dalam kegembiraan kami kehilangan lagi... Seth Adam meninggal ketika di dalam kandungan...

Kini dan terbaru kami kahilangan lagi seorang lagi ahli keluarga kami, Muhammad Salihan Izham ayah kepada Lana Marissa dan Eva Malaika serta Suami buat adik saya Nurul Zaidah.




biarlah gambar sahaja berbicara.. kehilangan yang bergitu besar sekali... namun kami tetap menerima kedatangan yang baru...

Wednesday, 12 March 2014

Mencari rahsia kesihatan

Ahaa.... entry kali ini lebih kearah kesihatan (sebenarnya nak kurus pun ye jugak). Jadi di sini saya kongsikan penemuan saya mengenai khasiat cuka dan bagaimana nak makan cuka. Saya pun setelah habis baca semua entry yang ada dalam blog- blog lain dan juga dietician (saya tak dapat lah nak bagi ayat sebijik- sebijik apa dia kata cuma beliau dah confirmkan pada saya mengenai khasiat cuka ni)


Berikut saya ambil dari blog Nurul Hanim Malik

THE BENEFITS OF VINEGARS


Harini saya nak share tentang khasiat vinegar atau cuka .saya seorang pengemar cuka epal..atau lebih dikenali sebagai 'Apple Cider Vinegar'..mungkin ramai yang tak tahu apple cider vinegar ini selain 'cuka' yang kadang-kadang orang buat untuk masak ..ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan . Setelah beberapa tahun (kalau tak silap) mengambil apple cider vinegar ini yang asalnya untuk menguruskan badan kerana terbaca article yang ini adalah satu cara Megan Fox *perlakon wanita transfomer* mengekalkan berat badan beliau . dan selepas beberapa lama mengambil apple cider vinegar 2 kali sehari iaitu pagi dan malam ..kemudian rutin bertukar kepada setiap after makan..dan ramai termasuk ibu , opah , kawan-kawan yang tahu tentang apple cider vinegar ini tak suka dengar  amalan ini sebab takut ia boleh menyebabkan gastrik , penghakisan system dan gigi..dan macam-macam lagi..dan yes boleh jadi dengan pengambilan berlebihan...(dan memang dalam dunia ni..berlebih-lebihan dalam apa juga boleh memudaratkan ..kecuali beramal..:)..)..dan selepas ini semua barulah saya tahu pengambilan cuka SATU JAM SEBELUM MAKAN adalah amalan Rasulullah SAW dan para Nabi-nabi sebelum baginda ...Subhanallah...mengikut sunnah tanpa disedari..alhamdulillah..hehe...

"Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah."

Berikut pula adalah dari http://lynnmunir.blogspot.com/

Salah satu dari pemakanan tradisi yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal.Cuka Epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka epal dihasilkan melalui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang berwarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan. Penggunaan cuka epal ini mula popular setelah Dr D.C.Jarvis ( penulis buku kesihatan ) mengesyorkannya untuk diminum setiap hari dan sebagai 'home cure' atau PENAWAR yang perlu ada dalam setiap rumah. 

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :

1.  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
     penurunan berat badan.

2.  Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan seperti
     alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun
     persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,
     kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout
     dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

3.  Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar
     pembakaran lemak menjadi lebih  cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda
     lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.

4.  Membantu menurunakn kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
     yang disebabkan pengumpulan lemak.

5.  Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan,
     akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.

6.  Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh
     kerana asid yang tinggi  menyebabkan rasa mengantuk dan malas.

    
7.  Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur
     dan keguguran rambut.

8.  Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

9.  Membersihkan buah pinggang

10.Membantu menyelesaikan masaalah pencernaan dengan membunuh parasit
     di dalam perut.

11. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.

12. Meningkatkan sistem imun badan

13. Mengurangkan masaalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional, cuka epal adalah jawapannya.
Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan dengan senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Kepada yang tiada masaalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak dan bukannya tisu otot.



CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN DENGAN MADU MEMPUNYAI KHASIAT TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT :

1.    Merangsang pemecahan lemak
2.    Melancarkan perjalanan darah
3.    Menguatkan tenaga dalaman
4.    Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan
       kepintaran anak-anak
5.    Membersihkan usus kecil dan besar.
6.    Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.
7.    Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat
8.    Meningkatkan metabolisme tubuh
9.    Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak
10.  Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan ( pemparitan limfatik )
11.  Melembabkan dan mengencangkan kulit.
12.  Mencegah dan mengawal selulit
13.  Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di
       bahagian perut, lengan, pinggul dan peha.
14.  Meredakan sakit dan sengal sendi.
15.  Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah
16.  Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
17.  Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang
18.  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah
19.  Membantu menwujudkan berat badan ideal.
20   Menghilangkan stress.

       Diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, ' Satu hari Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda. Dia dihidangkan dengan roti.
           Dia bertanya; ' adakah apa-apa perasa ?'
           Mereka menjawab; ' tidakHanya ada cuka.'
           Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.

Jabir berkata, " aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
        Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
            ( Muslim, Abu Dawud, Nasa'i )

Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan 
    ( Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )
" Cuka adalah kemudahan bagi manusia "
      ( Diriwayatkan oleh Muslim )
 " Allah telah meletakkan berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi sebelum aku "
      ( Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja )


Cara Hidangan 

  • Satu sudu diminum terus atau;
  • Campurkan satu sudu cuka epal dan satu sudu madu ke dalam segelas air suam (Gunakan sudu plastik kerana madu sensitif terhadap besi)
  • Satu sudu cuka epal dicampukan dengan pati delima/pati kurma dan diminum.
  • Amalkan setiap pagi dan malam sebelum makan.

Ini adalah sedikit sebanyak mengenai kebaikan dan khasiat cuka. Berikut adalah link- link yang anda boleh baca mengenai kebaikan dah kelebihan Cuka

http://epalvinegar.blogspot.com/2012/11/khasiat-dan-kelebihan-cuka-epal-atau.html

http://www.kosmo.com.my/kosmo

http://arsafiya7.blogspot.com/p/khasiat-produk.html

katakan-ya-pada-cuka-khall