Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

My life Update

Akhir nya aku telah ketemu sidia.. siapa? masih perlu aku rahsiakan lagi.. belum bersedia aku untuk dedahkan siapa dia. Pada hari pertemuan aku dan dia tidak seperti aku rancangkan.Maklumlah.. mana lah reti nak travel sengsorang ni.Naik bas lak tuh.. namun aku puas hati dapat ketemu dia. Wajah dia menarik perhatian ku kerana dia yang paling menarik di mataku. Aku dah lama tiada hubungan bergini membuatkan aku ni rasa ala- ala gedik gitu. rasa nak share jer gambar dia kat sini tapi aku masih perlu masa untuk itu...



Apa lagi pasal dia.. ahaa.. dia tinggi badan agak gagah tapi tak sado yer.. air muka dia agak keras, tegas buat dia kelihatan tidak seperti umurnya.. dan kelihat caringnya di situ..cheh.. ayat macam faling habis dah ni.. well aku memang tak reti nak describe pasal orang dalam bertulis macam ni tapi aku cuba sedaya upaya (fuh dah berpeluh nak perah kata-kata)hahaha.. jadi itu serba sedikit pasal dia. Tapi dia lai dari lelaki yang aku kenal.. walaupun umur dia muda (yer betul tu muda) dari aku, tapi aku puas hati.. aku plak rasa macam aku ni muda.. hahahah gedik kan. Sila jangan muntah hijau yer.. Dia ni matang dari umurnya.. cara bercakap, cara dia handle aku yg gedik ni.. well aku bukan memilih umur pun.. yang penting dia bleh jaga hati aku ni dah cukup bagi aku.

 Nampak tak muka bahagia aku ni hahaha. By the way aku dah muka kerja tempat baru ( tempat baru? yer betullah tuh. aku tukar lagi, jangan nak kutuk hakak ok) tempat ni aku rasa happy sgt kerja.. hope this is the last job.. nak kumpul duit nak kawen eh.. nak kawen lah.. ingat akak ni tak der keinginan ker? tapi tanggung jawab terpaksa akak dulukan.. Adik aku nak kawen tahun depan. Jadi sebagai anak yang sulung aku kena bantu dia untuk kenduri since ayah aku dah tak der lagi.. harap2nya di permudahkan.. korang doakan sekali yer... 


Wednesday, 30 March 2016

~No Title~

Kadang- kadang aku jadi lemas tenggelam dalam perlbagai persoalan diri...
Kadang- kadang aku rasa tenang setenangnya dalam kehidupan harian ku...
Kadang- kadang aku tak keruan memikirkan hal hati dan diri ku sendiri,,,
Apa sebenarnya yang aku mahukan?
Apa sebenarnya yang terpendam dalam minda aku?
Apa sebenarnya yang telah menjadi duri dalam hidup aku?
Apa yang aku inginkan untuk masa depan aku?
Apa sebenarnya?

Aku seperti insan-insan lain yang menjalankan kehidupan biasa,
Bangun pagi, bersiap pergi kerja
Petang habis waktu kerja balik rumah dan rehat...
Semua ini rutin kebanyakan insan- insan lain termasuk aku juga
Namun bergitu, aku mudah bosan.
Aku tak gemar tesekat terlalu lama dalam satu perkara...
Aku ingin buat yang lain lagi... akibatnya... aku jadi tamak inginkan yang lebih lagi..

Wednesday, 19 March 2014

Horey....

My new contract with Pharmaniaga have been continue for another 6 month, but sadly it is for other department. Well it is something new to me and it do excite me.

Tuesday, 4 March 2014

Menunggu lagi

Bagaikan menunggu buah derian gugur je sekarang ni. Janji tinggal janji je kerana yang di nanti tak tiba lagi. Mungkin ini lah nasib pekerja sementara atau kontrak yang gajinya di uruskan oleh Agency Pekerjaan. Gaji yang di janjikan masuk hujung bulan tak masuk- masuk lagi sehingga hari ni.

Kenapa jadi bergini?
Perlukah jadi bergini?
Adakah pekerja sementara ini tidak mempunyai komitmen lain sehingga gaji mereka boleh di bayar sesuka hati (asalkan masih lagi dalam tempoh yang di benarkan oleh akta pekerjaan 1955)?

tasbih kristal

tasbih mutiara
 
 
bagi yang berminat boleh email pada saya di niqaylurun@gmail.com