Mungkinkah aku ni tak cukup baik untuk ini kerana itu aku asyik sendiri. Apakah aku terlalu bergantung? terlalu berharap? terlalu membosankan? Hati aku rasa penat dan letih sekali. Aku rindu sangat kerana aku syg pada dia.. apa yg dia katakan aku tak mau berkongsi segala masalah aku ngan dia. semuanya aku pendam dan simpan sendiri. aku tak tau aku bergitu.. pelik kan..
mungkin juga aku yg terasa sendiri.. terlalu overthingking tapi jujur aku katakan yang aku rasa aku tak nak kehilangan dia.. yer betul ada juga yg tak boleh nak terima aku dengan dia dan ada juga yg menentang tapi hati aku hanya maukan dia? adakah aku obses? yer mungkin.. makin jauh hubungan makin dalam perasaan aku utk dia.. Makin aku cuba menolak peasaan itu makin kuat dia menyelimuti hati aku.
Apa sebenarnya yang aku mau? aku tak mau jauh dari dia.. yer betul tu mmg aku tak mau jauh dari dia.. kalau aku ada kemampuan yang lebih mungkin lebih kerap aku dtg jumpa ngan dia.. seorang sahabat pernah berkata pada aku, kenapa nak jadi hamba dia.. ikut jer kata dia gi sana jumpa dia... tak boleh ker suh dia dtg cari kau kat sini... aku cuma senyum dan pandang sahabat aku itu. Kalau aku berada sama situasi dia aku paham bgai mana rasa dia.. bertolak ansur,.. give and take.. kalau aku mampu aku gi cr dia.. bergitu sebaliknya.. bila aku kat sana, dia sedaya upaya melayan aku supaya aku happy bila bersama dgn dia..
Mungkin org tak leh nak faham tapi itu lah hakikat dia.. bile aku berada disisi dia.. dia akan berusaha bagi aku happy.. berusaha melayan perangai aku yang bukan2 ni.. aku nampak usaha dan aku rasa sayang dia pada aku.. tapi aku cuma manusia biasa.. bermacam2 perasaan negatif hadir bila dia jauh dari aku... mungkin kerana terlalu sayang pada dia.
No comments:
Post a Comment