Aku berkira- kira untuk menulis lagi, namun setiap kali jari ini menyentuh papan kekunci ini segala yang bersarang di kepala ini hilang berterbangan. Kenapa agaknya ye.. Setiap kali aku lihat gambar dia.. bermacam- macam ingin ku kisahkan namun bila ngadap lappy ni semua hilang.. stress plak raser.
Hubungan aku dan dia semakin lancar namun bergitu biasalah kadang2 kita ni nak bermanja lebih tapi tak dapat rasa geram gak.. tapi itu adalah resam hidup kata org tua-tua. Ha.. pandai plak kan guna perkataan ala sastera.
Nampakkan muka gembira tu.. agak kerap jugaklah jumpa dia dalam bulan januari ni.. itu pun masih tak puas lagi.. cepat jer rasa rindu... aku dah janji dengan dia utk share segala hal dengan dia tanpa selindung apa2 lagi, sedih ker, susah ker, apa- apa saja.. dan bergitu juga aku mau dia buat yang sama. Telah aku katakan pada dia yg aku akan terus menyokong dia dalam apa saja keputusan yang akan di buat demi masa depan dia.. Aku akan tarik dia suapaya bangkit semula dan mulakan hidup baru dan aku berharap aku ada dalam rancangan masa depan dia.. (please you jgn lupakan i tau).
Apa yang dapat aku lihat dia mla ceria dan mula bangkit. aku harap aku cukup kuat untuk menarik dia bangun semula. yerlah dia masih muda aku pulak dah tua, tapi apa yang aku buat semua mengikut kapasiti yang aku ada untuk bantu dia bangun. Dan aku perlu berusaha untuk diri sendiri agar bangun bersama dia untuk berjaya dalam impian aku.. hurm.. impian aku untuk idup bersama dia, kumpul modal untuk diri aku sendiri untuk maju lagi jadi aku dapat bersama dengan dia dimana sahaja dia berada. Cuma aku masih bingung memikirkan kenapa dia tak mo unblok aku dari FB dan Wechat dia. hurm... tak perlah aku tak mo fikir buruk nanti overthinking plak. Aku rasa ini ajer kot buat kali ini. Akan aku kisahkan lagi ceritera kita lagi..
Thursday, 2 February 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)