what is the most sad thing is, when you dissapear nobody notice. and when you reappeared nobody remember about you
Saturday, 21 September 2013
Quote
Dia....
Terus aku rasa rindu. Terasa amat rindu pada dia. Hati ku terus merasa sebak mengenang kesunyian ku selama ini tanpa dirinya. Merasakan betapa sakitnya hati ini merindui dia.
Perkenalan yang hanya bermula di alam maya dan berakhir juga di alam maya. Walaupun bergitu aku terasa sungguh dekat padanya. Teringat akan usaha ku berjimat wang hanya untuk menghubungi dikau dan betapa aku terharu bila kau sanggup menghubungi aku walau pun berada sangat jauh.
Namun takdir menentukan dia bukan untuk ku, aku redha kerana ketika itu aku merasakan dia teman terbaik untukku bukan sebagai kekasih hati. Benarlah kata orang, kita takkan sedar sayang kita pada seseorang itu sehingga kita kehilangan orang itu. Aku jadi tamak akan kasih sayang dia enggan melepaskan kenangan bersama dirinya.
Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya si dia telah ku benam sedalam- dalamnya, dan dia terus hilang sehingga kini. Setiap pemberian ku simpan jadi kenangan abadi. Aku doakan yang terbaik buat dia. Walaupun daku masih membujang, bukan aku menunggu dia tetapi aku tiada terjumpa serupa dia....
Aku Lemas
Kita susah nak bercerita kesusahan kita kepada keluarga sendiri dari bercerita pada teman- teman yang mengenali kerana bagi ku, tak sanggup melihat emak susah hati bila mendengarkannya. Namun bergitu kadang- kadang aku tersilap bercerita menyebabkan perselisihan aku dengan keluarga. Sukar untuk keluarga aku, sukar lagi buat aku.
Aku telah menjadi penganggur selama 6 bulan lamanya. Aku benar- benar terdesak untuk meneruskan hidup. Kemana aku pergi, aku merasakan aku menjadi beban kepada semua. Kekiri sesak, kekanan terhimpit, kedepan gelap dan kebelakang terus menghilang. Usaha aku seperti sia- sia sahaja. Aku takut aku tenggelam dan terus lemas dalam masalah ini.
Sakit mata yang memandang, sakit lagi bahu yang memikul. Masing- masing ada masalah sendiri. Aku masih cuba berdiri sendiri. Ku pekak kan telinga, ku keraskan hati aku. Biarlah orang mengata, biarlah orang menghina, sakit cuma aku juga sendiri yang rasa.
Kalaulah aku mampu pusingkan masa, Kalaulah aku mampu memadam kisah lama, telah aku lakukan. biar hilang terus sejarah yang tidak di ingini....