Friday, 7 March 2014

Apa yang aku rasa? Bahagian 1

Apa yang aku rasa sekarang adalah macam- macam. Namun bergitu, ianya bergantung mengikut isu yang di utarakan. Namun bergitu, siapalah kita nak beri pendapat jika pendapat itu tidak sampai pada orang yang ingin kita bagitau tu.

Banyak blog yang mengeluarkan cerita- cerita hangat dan terkini untuk bacaan umum. Mereka semua bersbut untuk menyiarkan aib orang lain terutama yang "retis". Namun bergitu, blogger tersebut mengeluarkan cerita bergini juga kerana ada pembaca setianya. Kadang- kadang terfikir juga, kisah hidup artis celebrity ni tak lah hebat mana, tapi di kontroversikan oleh wartawan- wartawan sama ada di surat khabar, majalah ataupun blog. Yang bestnyer pulak, artis- artis tu ada jugak yang menjawab balik, kalau yang menjawab tuh dengan cara bijak kagum la jugak  (tak dinafikan ada jugak artis yang bijak menangani hal kontroversi ), ini jawab macam orang tak pernah pergi sekolah, tak pernah blaja ugama kat sekolah (obviously, melainkan kalau ada yang rajin gi surau ikut usrah). Bukan nak menghina atau nak mengata tetapi itu yang aku rasa....


Isu- isu yang menarik pasti akan menarik lebih banyak pembaca, yang rajin komen balik pun ramai juga. Yang mengomen setiap posting dan berita ada bermacam- macam gaya dan cara, ada yang ala- ala artis, ada juga yang macam ilmuan, ada juga macam yang penulis novel, dan tak kurang hangatnyer yang jenis suka maki tak kira apa jenis isu pun, semua di bangkangnya. Pelik tapi benar, tak tau lah apa yang korang rasa, tetapi itulah yang aku rasa...

No comments:

Post a Comment