Friday, 19 August 2016

Tengah Bulan??

Hari ni dah jumaat. sekejap jer... eh sekejap ke? tak lah sangat, tapi bila dalam keadaan "sindrom tengah bulan" ni doa dalam hati tu, "cepatlah hujung bulan". faham kan apa maksud saya?

since lepas raya ni kewangan agak semput sikit.. byk belanja benda tak terjangka... ahaa.. paham kan.. bila wang ada ni dah mmg ada plan yang tersendiri.. bila tarik untuk perbelanjaan tak terjangka itu lah jadinya.. sabo ajer ler.. hahahaha


Sekarang ni korek tabung ler.. nasib baik rajin menabung dalam tabung SSPN (tabung ni akak dapat free pas kenyit2 mata ngan Abam PTPTN)... korek lah berapa byk yang mampu bawak dek poket gi 7eleven tukar... (terima kasih 7eleven).. seronok budak tu.. dia kata derang memang perlukan coin.... nasib baik kan.. akak pun senang hati leh tukar.. tapi aku tak malu pun nak guna duit syiling tu, pasal duit aku tu halal.. bukan curi pun.. betultak.. makanya tabung tuh tak pernah berjaya penuh,. hahahaha.. seyes... tapi tabung tu tak de lah sikit sangat isi nya pasal akak ni bila berbelanja balik rumah tiap2 hari tu semua syiling akan masuk tabung.. jadi setiap kali gi kedai bila cashier tanya ada syiling tak? memang jawab tak de.. sebab memang tak simpan dalam dompet pun.

aha.. itu seba sedikit cerita akak hari ni. eh akak sangat lah.. ahaa..

ciao..

muah muah muah

Wednesday, 17 August 2016

Persoalan antara Aku dan Engkau

Mungkinkah aku akan kisahkan cerita aku dan engkau disini? Agar semua tahu betapa sakitnya aku diperlakukan bergini oleh kamu? atau kau mau lihat potret mu di sini ku siarkan agar jadi pengajaran buat aku dan orang lain? atau hanya aku yang bodoh terlalu percayakan kamu setelah apa yang kau buat kepada aku?


Persoalan demi persoalan keluar dari kotak minda ku... perlukan aku terus berfikir sehingga sakit kepala hanya kerana engkau seorang?Ya.. Cinta itu indah.. mungkin kau tak pernah dengar perpatah ini...

"dalam masa SEMINIT sahaja sudah boleh buat orang jatuh cinta tapi untuk melupakan cinta itu akan mengambil masa SEUMUR HIDUP"



Aku keliru sama ada perlu aku teruskan untuk bersama kau atau perlu aku mengundur diri.. Jujur aku katakan semua ini benar- benar menggangu benak ku. Buat ku tak senang duduk, tak senang tidur. Apa yang perlu aku lakukan.

Orang keliling pasti mengatakan aku ini bodoh kerana tetap menyimpan harapan buat dia. Ya memang aku bodoh dan aku pasti kelian semua pernah merasa perasaan bodoh ini.Ia datang tidak di panggil, ia pergi tidak di halau... yang pastinya ianya terus ingin melekat di dalam hati.

Engkau rasa bagaimana? Engkau fikir bagaimana?

dan akhirnya aku yang terus sendiri.....