Wednesday, 17 August 2016

Persoalan antara Aku dan Engkau

Mungkinkah aku akan kisahkan cerita aku dan engkau disini? Agar semua tahu betapa sakitnya aku diperlakukan bergini oleh kamu? atau kau mau lihat potret mu di sini ku siarkan agar jadi pengajaran buat aku dan orang lain? atau hanya aku yang bodoh terlalu percayakan kamu setelah apa yang kau buat kepada aku?


Persoalan demi persoalan keluar dari kotak minda ku... perlukan aku terus berfikir sehingga sakit kepala hanya kerana engkau seorang?Ya.. Cinta itu indah.. mungkin kau tak pernah dengar perpatah ini...

"dalam masa SEMINIT sahaja sudah boleh buat orang jatuh cinta tapi untuk melupakan cinta itu akan mengambil masa SEUMUR HIDUP"



Aku keliru sama ada perlu aku teruskan untuk bersama kau atau perlu aku mengundur diri.. Jujur aku katakan semua ini benar- benar menggangu benak ku. Buat ku tak senang duduk, tak senang tidur. Apa yang perlu aku lakukan.

Orang keliling pasti mengatakan aku ini bodoh kerana tetap menyimpan harapan buat dia. Ya memang aku bodoh dan aku pasti kelian semua pernah merasa perasaan bodoh ini.Ia datang tidak di panggil, ia pergi tidak di halau... yang pastinya ianya terus ingin melekat di dalam hati.

Engkau rasa bagaimana? Engkau fikir bagaimana?

dan akhirnya aku yang terus sendiri.....

No comments:

Post a Comment