Saturday, 21 September 2013

Dia....

Tiba-tiba aku teringat akan dikau. Kenapa ye?
Terus aku rasa rindu. Terasa amat rindu pada dia. Hati ku terus merasa sebak mengenang kesunyian ku selama ini tanpa dirinya. Merasakan betapa sakitnya hati ini merindui dia.
Perkenalan yang hanya bermula di alam maya dan berakhir juga di alam maya. Walaupun bergitu aku terasa sungguh dekat padanya. Teringat akan usaha ku berjimat wang hanya untuk menghubungi dikau dan betapa aku terharu bila kau sanggup menghubungi aku walau pun berada sangat jauh.
Namun takdir menentukan dia bukan untuk ku, aku redha kerana ketika itu aku merasakan dia teman terbaik untukku bukan sebagai kekasih hati. Benarlah kata orang, kita takkan sedar sayang kita pada seseorang itu sehingga kita kehilangan orang itu. Aku jadi tamak akan kasih sayang dia enggan melepaskan kenangan bersama dirinya.
Masa berganti masa, hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya si dia telah ku benam sedalam- dalamnya, dan dia terus hilang sehingga kini. Setiap pemberian ku simpan jadi kenangan abadi. Aku doakan yang terbaik buat dia. Walaupun daku masih membujang, bukan aku menunggu dia tetapi aku tiada terjumpa serupa dia....

Aku Lemas

Kita susah nak bercerita kesusahan kita kepada keluarga sendiri dari bercerita pada teman- teman yang mengenali kerana bagi ku, tak sanggup melihat emak susah hati bila mendengarkannya. Namun bergitu kadang- kadang aku tersilap bercerita menyebabkan perselisihan aku dengan keluarga. Sukar untuk keluarga aku, sukar lagi buat aku.

Aku telah menjadi penganggur selama 6 bulan lamanya. Aku benar- benar terdesak untuk meneruskan hidup. Kemana aku pergi, aku merasakan aku menjadi beban kepada semua. Kekiri sesak, kekanan terhimpit, kedepan gelap dan kebelakang terus menghilang. Usaha aku seperti sia- sia sahaja. Aku takut aku tenggelam dan terus lemas dalam masalah ini.

Sakit mata yang memandang, sakit lagi bahu yang memikul. Masing- masing ada masalah sendiri. Aku masih cuba berdiri sendiri. Ku pekak kan telinga, ku keraskan hati aku. Biarlah orang mengata, biarlah orang menghina, sakit cuma aku juga sendiri yang rasa.

Kalaulah aku mampu pusingkan masa, Kalaulah aku mampu memadam kisah lama, telah aku lakukan. biar hilang terus sejarah yang tidak di ingini....

Wednesday, 10 July 2013

Istambul.... Aku datang...

Me ? going to istambul? mwahahhhahaaa tak de lah. Awal tahun dulu baru jer balik dari Jordan.
Sebenarnya i am watching a movie called Istambul Aku datang. Dah 5 kali dok ulang movie ni, suka sgt. Lisa comel sangat. But bila tgk movie ni cam pelik jer. Agak sukar nk cari tempat tinggal di tempat di mana Bahasa Inggeris kurang di gunakan... Boleh survive ker?dah tu seorang perempuan... it tooks a lot of guts kan.
Hik hik hik, ok lah... until next posting....

Monday, 8 July 2013

keropok oh keropok

biler nak dekat puasa ni, rasa lapo tapi tak lalu nak makan banyak.
rasa dahaga sampai begelas-gelas air minum tak puas.
craving nak makan macam- macam lagi tu.
hahahahaha.....
Semalam cari resepi popia nestum....
cuba dua jenis tapi yang ni nampak lagi sedap.
nestum di tambah dgn horlick dan sedikit milo....
yummy malangnya tak der gambar nak tunjuk jadi some other time ok
keropok sebalang besor habis jadi yang ni jer yang tinggal.. ada yang minat?

Friday, 14 June 2013

kadang dan kalau

kadang- kadang kita perlu tempat untuk meluahkan rasa hati, tak kiralah pada teman, keluarga atau sesiapa saja.
Namun aku lebih gemar menitip di dlm blog atau dairi sahaja kerana aku sudah maklum tiada yg sudi membacanya. kerana akj jua tau tiada yang menarik untuk di baca.
Bila sendirian bergini, banyak pula yang berlegar- legar di kepala ku. Memikirkan tentang diri aku, memikirkan tentang keluarga ku. Kadang- kadang terfikir mengenai masa lampau. Aku terasa aku sudah tua... fizikal ku, minda ku... dah terlalu letih.
Kalaulah aku mampu memutarkan masa, aku ingin kembali ke 14 tahun yang lalu di mana aku mula melangkah mencorak kehidupan ku... mungkin aku tak jadi bergini.. mungkin aku berada di satu dimensi yang lain. Itu pun kalau.....

Thursday, 13 June 2013

Gelang Pandora

Terbaru dari Aciktopi Gallery adalah gelang pandora. Cantik sekali dah murah harganya. Jika berminat boleh hubungi Pn Mai di 0166020774, dan anda boleh kunjungi page www.facebook.com/aciktopigallery untuk lebih informasi

Sunday, 31 March 2013

KEEK.com

I just found out about this new obsession for blogging.
A 30 second video that is all it need and it is really cool.
So far I've posted 2 video.. and this is one of it...