Google+ Followers

Friday, 15 November 2013



Hari terakhir... fuh.. seksa nak tunggu sampai jam 1800 a.k.a 6.00petang. Kerja pun dah tak der.. nak melayang tablet boleh pulak tertinggal kat rumah.. Adoyaiii... bikin fening lah ini macam. ny the way, sekarang dah pukul 3.51 petang, langit kat luar nampak gelap je. Harap2 janganlah hujan tapi kalau hujan pun tak da isu pun pasal hari- hari bawa payung, cuma hari ni akan balik lambat pasal nak hantar time slip yang terakhir kepada Kelly Services.

Dalam office ni hari- hari sejuk. Pakai selimut jer nak bagi hilang sejuk. Air minum pun banyak juga dan keputusannya, setiap sejam pergi tandas. Nak pergi tandas pulak kena lalu depan lift (betul ke ejaan ni yer). Bunyi lift turun naik sangat kuat. Masa minggu pertama di sini, setiap kali naik lift mesti telinga ni rasa tersumbat. Seksa sungguh rasanya tapi alhamdulillah sekarang dah tak rasa dah.

Merapu jer entri aku kali ni kan, tapi aku tak kisah pasal bukan ada yang membaca pun. Kalau ada yang baca pun aku tak kisah. Tak ada isu yang berbangkit pun. Bukan cerita dalam kain pun kan. 

Tiba-tiba.......

Terasa macam nak makan murtabak maggi. Korang pernah makan tak? Sedap sangat.Korang mesti cuba tau. Sini aku akan konsikan resepi murtabak maggi ok?

Murtabak Maggi

1 bungkus Maggi kari
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menggoreng.

cara- caranya,

Mee Maggi di rebus sehingga lembut. Toskan dan asingkan ketepi.
Pukul telur bersama perencah kari maggi sehingga sebati.
Kemudian masukkan mee kedalam adunan tadi dan gaulkan hingga rata.
gorengkan adunan seperti menggoreng telur dadar.
Siap dan hidangkan.

Senangkan.. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment