Jika di perhatikan posting saya dulu stop pada pertengahan tahun 2014. Pada bulan September 2014 saya telah kehilangan ayah yang saya sayangi. Jadi saya tak mampu nak menulis apa- apa apatah lagi tribute khas buat ayahanda tercinta hinggalah baru- baru ini sahaja.
Saya berhenti dari Pharmaniaga dan berada di hospital untuk menemani ibu yang turut serta bersama dalam kemalangan yang menyebabkan saya kehilangan ayah saya. Ibu saya patah kaki hingga terpaksa masukkan besi bagi mengganti tulang yang hancur.
Setelah itu saya telah mula bekerja di KTT sebagai Marketing Assistant... ketika itu lahirlah seorang lagi anak buah saya..
Kini dan terbaru kami kahilangan lagi seorang lagi ahli keluarga kami, Muhammad Salihan Izham ayah kepada Lana Marissa dan Eva Malaika serta Suami buat adik saya Nurul Zaidah.
biarlah gambar sahaja berbicara.. kehilangan yang bergitu besar sekali... namun kami tetap menerima kedatangan yang baru...