Sunday, 6 November 2016

Rasa sayang rasa rindu

Semakin hari aku semakin sayang pada dia. Hari- hari rasa rindu.. namun bergitu terasa keraguan di hati ini.. apakah ada keikhlasan hatinya di situ?
Aku tak mahu hendak hukum orang terlalu cepat kerana bagi aku, aku perlu dengar sendiri dari mulutnya.. akhirnya semalam dia terlebih dahulu ucapkan "I love you" pada aku. Aku gembira.. aku harap ianya benar dari hatinya...
Aku tahu umur aku dah banyak... aku tau beza aku amat jauh dari dia.. mungkin soal hati amat sukar di tafsirkan hingga aku terpikat pada dia. Aku terasa seperti remaja yang baru mengenal cinta hanya kerana dia... aku harap dia pun sama seperti ku juga.
Mungkinkah dia orang yang aku cari selama ini? Apakah dia Mr Right yg aku tunggu selama ini? Semuanya pasti terjawab nanti... apa yang perlu aku buat.. jaga hati aku dulu baru hati dia. Kenapa? Pasal aku takut akan terluka lagi dan luka kali ni pasti akan tinggalkan parut kekal..

No comments:

Post a Comment