Showing posts with label kerja kosong. Show all posts
Showing posts with label kerja kosong. Show all posts

Tuesday, 1 August 2017

Meroyan Awal Ogos

Orang kata hidup in bagaikan roda, berputar- putar, kadang- kadang dia tas, kadang- kadang di bawah. bergitulah hidup aku.. kini aku sedang berada di bawah.. mengalami kejatuhan yang agak teruk.. dengan kerja, dengan hal si kekasih hati lagi.. entahlah...



sepanjang bulan puasa dan beraya bersama dia, aku rasakan masa itu waktu paling indah bagi aku, walaupun dalam senyap dia masih menghubungi kekasih lama dia tetapi aku diamkan aje.. dan aku bagaikan terbiasa dengan keadaan bergitu sehingga dia telah mendapat pekerjaan impian hati dia, aku mula terasa terabai dan merasakan dia mula menjauh dari aku.... mungkin perasaan aku kerana dulu dia sentiasa ada...

kata orang lagi, perempuan di uji ketika si lelaki tidak mempunyai apa2, mana kala lelaki di uji setelah miliki segalanya... aku turut memikirkan perkara itu tetapi aku pula di uji bila dia dah mulai hidup senang... dan mula memiliki apa sahaja kehendaknya..



seperti posting meroyan aku yang lain, aku memikirkan untuk pergi dari dia, untuk tinggalkan dia tapi aku tak mampu... mungkin kerana terlalu sayang pada dia. walaupun dia sentiasa ada yang lain untuk menemani dia, aku tak betah untuk berlalu pergi.. seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini umur aku bukan masa untuk bercinta lama kerana aku telah bersedia untuk menjadi suri hati sidia. salah kah aku untuk berfikir demikian.

bukan aku nak mengungkit tetapi kebanyakan apa yg dia dah dapat sekarang adalah usaha aku, kerja aku tunggang terbalik kerana dia, hidup aku  macam hilang arah tuju... kawan2 aku hilang...  apa nak jadi dengan diri aku ni...



Tuesday, 13 December 2016

Akhirnya...

Weehooo.. aku terlupa terus nak "hapdet" pasal ni, Akhirnya.... telur sudah pecah. Setelah 2 bulan lebih bertarung mencari candidate, interview candidate, akhirnya seorang telah di terima masuk dan akan bermula kerja bulan 3 ni.. jadi aku kembali bersemangat bekerjacari candidate baru dan dapatkan komisen lebih tinggi... yeahhh dokan yer kengkawan...  By the way jom follow Ig aku erk.. search Qeinz.. nanti aku approve... ciaoo


Sunday, 6 November 2016

Rasa sayang rasa rindu

Semakin hari aku semakin sayang pada dia. Hari- hari rasa rindu.. namun bergitu terasa keraguan di hati ini.. apakah ada keikhlasan hatinya di situ?
Aku tak mahu hendak hukum orang terlalu cepat kerana bagi aku, aku perlu dengar sendiri dari mulutnya.. akhirnya semalam dia terlebih dahulu ucapkan "I love you" pada aku. Aku gembira.. aku harap ianya benar dari hatinya...
Aku tahu umur aku dah banyak... aku tau beza aku amat jauh dari dia.. mungkin soal hati amat sukar di tafsirkan hingga aku terpikat pada dia. Aku terasa seperti remaja yang baru mengenal cinta hanya kerana dia... aku harap dia pun sama seperti ku juga.
Mungkinkah dia orang yang aku cari selama ini? Apakah dia Mr Right yg aku tunggu selama ini? Semuanya pasti terjawab nanti... apa yang perlu aku buat.. jaga hati aku dulu baru hati dia. Kenapa? Pasal aku takut akan terluka lagi dan luka kali ni pasti akan tinggalkan parut kekal..

Thursday, 27 October 2016

Apa yang aku buat?

Aku pun tak tau apa yang aku buat. Perlukah aku teruskan atau perlukah aku berhenti sebelum terlambat. tapi aku rasa macam dah terlambat jer.. bak kata lagu Rossa tu.. "terlanjur cinta" ahahahaha.. so memang dah terlambat. Namun apa yang aku buat hanya menahan diri aku dari terus menyayangi lebih dalam.. hati aku ada satu kot... kena jaga...


Hati yang terluka lambat sembuh. Aku sebelum ni susah dan liat nak sayang orang... susah dan liat nak sebut cinta sebab aku pernah terluka... 10 tahun nak sembuh tuh.. dah kawin lagi tuh. hahaha itu cerita lama... balik ceritaaku tadi.. aku dah terlanjur cinta ngan job aku sekarang.. so korang jangan salah faham ingat ku fall in love dan kecewa bagai.. aku masih happy lagi ngan si dia.. eh eh eh ..happy ke?


Sekarang aku buat IT staff recruitment. Agak susah bila technical basic aku agak kurang tapi since aku di inspire oleh duit komisen yang agak tinggi. Jadi hampir setiap hari candidate aku berjaya untuk di interview.. cuma tak berjaya di ambil bekerja.. ~sigh~ tapi tak per.. motivasi yg aku terima menyebakan aku berusaha lebih lagi.. wish me luck guys. next posting i akan cerita peel2 candidate aku ni.. ok..

ciao for now...