Aku pun tak tau apa yang aku buat. Perlukah aku teruskan atau perlukah aku berhenti sebelum terlambat. tapi aku rasa macam dah terlambat jer.. bak kata lagu Rossa tu.. "terlanjur cinta" ahahahaha.. so memang dah terlambat. Namun apa yang aku buat hanya menahan diri aku dari terus menyayangi lebih dalam.. hati aku ada satu kot... kena jaga...
Hati yang terluka lambat sembuh. Aku sebelum ni susah dan liat nak sayang orang... susah dan liat nak sebut cinta sebab aku pernah terluka... 10 tahun nak sembuh tuh.. dah kawin lagi tuh. hahaha itu cerita lama... balik ceritaaku tadi.. aku dah terlanjur cinta ngan job aku sekarang.. so korang jangan salah faham ingat ku fall in love dan kecewa bagai.. aku masih happy lagi ngan si dia.. eh eh eh ..happy ke?
Sekarang aku buat IT staff recruitment. Agak susah bila technical basic aku agak kurang tapi since aku di inspire oleh duit komisen yang agak tinggi. Jadi hampir setiap hari candidate aku berjaya untuk di interview.. cuma tak berjaya di ambil bekerja.. ~sigh~ tapi tak per.. motivasi yg aku terima menyebakan aku berusaha lebih lagi.. wish me luck guys. next posting i akan cerita peel2 candidate aku ni.. ok..
ciao for now...
Thursday, 27 October 2016
Thursday, 20 October 2016
Terima Kasih
Sebenarnya aku rasa kagum gak pasal ada gak yang sudi membaca blog aku yan tak seberapa ni.. balik-balik meroyan ajer tak habis- habis. Terima kasih atas sokongan walaupun tiada komen dari anda.. tapi anda membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini.
Wednesday, 19 October 2016
My life Update
Akhir nya aku telah ketemu sidia.. siapa? masih perlu aku rahsiakan lagi.. belum bersedia aku untuk dedahkan siapa dia. Pada hari pertemuan aku dan dia tidak seperti aku rancangkan.Maklumlah.. mana lah reti nak travel sengsorang ni.Naik bas lak tuh.. namun aku puas hati dapat ketemu dia. Wajah dia menarik perhatian ku kerana dia yang paling menarik di mataku. Aku dah lama tiada hubungan bergini membuatkan aku ni rasa ala- ala gedik gitu. rasa nak share jer gambar dia kat sini tapi aku masih perlu masa untuk itu...
Apa lagi pasal dia.. ahaa.. dia tinggi badan agak gagah tapi tak sado yer.. air muka dia agak keras, tegas buat dia kelihatan tidak seperti umurnya.. dan kelihat caringnya di situ..cheh.. ayat macam faling habis dah ni.. well aku memang tak reti nak describe pasal orang dalam bertulis macam ni tapi aku cuba sedaya upaya (fuh dah berpeluh nak perah kata-kata)hahaha.. jadi itu serba sedikit pasal dia. Tapi dia lai dari lelaki yang aku kenal.. walaupun umur dia muda (yer betul tu muda) dari aku, tapi aku puas hati.. aku plak rasa macam aku ni muda.. hahahah gedik kan. Sila jangan muntah hijau yer.. Dia ni matang dari umurnya.. cara bercakap, cara dia handle aku yg gedik ni.. well aku bukan memilih umur pun.. yang penting dia bleh jaga hati aku ni dah cukup bagi aku.

Nampak tak muka bahagia aku ni hahaha. By the way aku dah muka kerja tempat baru ( tempat baru? yer betullah tuh. aku tukar lagi, jangan nak kutuk hakak ok) tempat ni aku rasa happy sgt kerja.. hope this is the last job.. nak kumpul duit nak kawen eh.. nak kawen lah.. ingat akak ni tak der keinginan ker? tapi tanggung jawab terpaksa akak dulukan.. Adik aku nak kawen tahun depan. Jadi sebagai anak yang sulung aku kena bantu dia untuk kenduri since ayah aku dah tak der lagi.. harap2nya di permudahkan.. korang doakan sekali yer...
Labels:
99 kali rindu,
aciktopi,
artis,
broken heart,
cantik,
gaji,
loveable,
luahan
Subscribe to:
Posts (Atom)