Wednesday, 28 December 2016

resolusi atau ilusi

Keadaan nampak sangat berbeza, hari berganti hari, bulan berganti bulan,, kini tinggal beberapa hari sahaja lagi 2016 akan meninggalkan kita, Tahun ini terlalu banyak yang berlaku pada aku, bercinta dan di tinggalkan, bercinta lagi dan tergantung kesepian.. namun itu bukan sesuatu yang luar biasa bagi aku kerana kali ini aku merasa sangat sayang sehingga hati aku sebu... akal menolak hati pula menarik.. kenapa? entahlah.. kali ini aku biarkan sahaja hati ini di baa perasaan.. mungkin kerana factor usia. Siapa tau kan..



Apa yang telah aku capai tahun ini?

1. cinta
2. keja baru
3. income baru
4. the ultimate weight loss

itu pencapaian aku kali ini

Apa resolusi aku tahun 2017?

1. more weight loss
2. nak gi korea
3. nak kawen
4. nak tambah income lagi
5. nak bayar hutang

aku harap salah satu akan tercapai nanti.. insyaallah.. amin

Sunday, 25 December 2016

Sebu

Pernah tak korang rasa perasaan sebu.. bila sampai satu tahap kita tak boleh nak rasa apa- apa lagi.


habis sudah tangisan
habis sudah ketawa
yang tinggal hanya rasa sebu...
tak mampu nak rasa apa- apa lagi
tak mampu nak kata apa-apa lagi
Andai benar rasa ini... kenapa aku tak mampu nak rasa...
kenapa hati ku tak mampu menafsir perasaan itu
apakah yang aku rasa?
Kemana hilang semua rasa itu?
apakah aku tak mampu lagi untuk rasa semua itu lagi?


Sunday, 18 December 2016

Inikah akhirnya?

Hati aku sakit, terluka, namun yg berlaku itu semua silapku... dan kerana silap ku itu aku bakal kehilangan dia,...

dia dah blok fb aku skang.. enggan bercakap dengan aku.. bahasa dia kini hanya aku kau aja.. aku pulak camner.. terkaku bisu.. tak mampu untuk mempertahan kan diri sendiri

aku tak tau camner agaknya akan jadi lagi... aku tak tau.. apakah ini akhirnya?




Kadang kadang aku lemas.. kenapa aku terus aja mengalah.. tak melawan.. pasal aku berusaha nak jaga terus hubungan aku.. namun akhirnya....
puas aku jaga hati ini jangan terlalu sayang malangnya, skit demi skit hati aku hilang kepadanya.. akhirnya ......kenapa aku tak habis kan kata2 aku? sebab aku pun tak tau apa akhirnya lagi... namun apa yang aku mampu berdoa mohon pertunjuk dari allah sama ada betul dia utk aku atau tidak... 

apakan ini akhirnya?

Wednesday, 14 December 2016

Kerja oh Kerja

Nampak kerja dah makin menimbun... dan nampaknya ada harapan nak naik pangkat nih.. ahahaha... ada peluangker?

skang memang aku dalam training dan nampaknya boss dah mula bagi kepercayaan untuk aku pegang akaun client nampaknya.. bukan satu tapi dua... nampak tak mata cik jah dah blink2 nampak rm jer nih hahahah... seronok kan.. tapi aku tak leh nak update bebanyak hari ni.. cukuplah ini jer kot.. soo leh share selfie?


Tuesday, 13 December 2016

Akhirnya...

Weehooo.. aku terlupa terus nak "hapdet" pasal ni, Akhirnya.... telur sudah pecah. Setelah 2 bulan lebih bertarung mencari candidate, interview candidate, akhirnya seorang telah di terima masuk dan akan bermula kerja bulan 3 ni.. jadi aku kembali bersemangat bekerjacari candidate baru dan dapatkan komisen lebih tinggi... yeahhh dokan yer kengkawan...  By the way jom follow Ig aku erk.. search Qeinz.. nanti aku approve... ciaoo


Monday, 12 December 2016

Ceritera kita

Kembali aku disini menceritakan perasaan hati ini. Aku berasa bermacam-macam dalam hati. Namun cinta adalah segalanya. Aku tak minta untuk memiliki dan di miliki cuma aku gembira akan hadirnya perasaan itu. 

Tak mengapa jika ianya hanya untuk seketika, tak mengapa jika ianya melukakan kerana apa aku harapkan peluang untuk menyintai semula dan aku miliki cinta itu sekarang. Bukan lah mengharap sesuatu yang romantik cuma aku ingin simpan perasaan ini bersama aku sehingga akhir hayatku. 

Aku belajar untuk melupakan segala kesakitan dengan memaafkan dan itu berjaya aku lakukan. Segala yang menyakitkan itu aku buang dari hati, dari ingatan ku ini untuk aku meneruskan hidup ini. Mungkin selama ini aku merasakan cinta yang telah hati itu membunuh hati ku akhirnya aku buka kembali hati ini hanya untuk dia.

You, andainya u bukan untuk i, i redha kerana selama bersama i nak simpan segala kenangan manis kita bersama, I puas hati kerana ada rasa sayang you pada i walaupun ianya bukan cinta. I mimpikan untuk susah senang bersama dengan you sehingga keakhirnya.. I akan bersama dengan u agar u mampu mengaharungi segala duka di hati you, mengharungi kesukaran hidup bersama you sehingg u bangkit semula dan berjaya. Ya hidup ni bagai roda.. ada atas ada bawah.. I tetap syg u walau macam mana pun keadaan u.. I kenal u masa u sedang menghadapi kesukaran, i tetp akan menyokong u walau apa pun keputusan untuk u keluar dari kesukaran u. I buat semua ini sebab ikhlas sayang u. I nak u tau ini, i harap u boleh rasa apa yang i rasa. Doa i kita tetap akan bersama hngga keakhirnya.. Walaupun beza usia kita sgt jauh, i harap itu bukan penghalang. 

Kali ini aku masih lagi tida kongsikan gambar dia kerana aku belum bersedia untuk kenalkan dia pada awak semua... Doakan segalanya menjadi antara kami...