Sunday, 18 December 2016

Inikah akhirnya?

Hati aku sakit, terluka, namun yg berlaku itu semua silapku... dan kerana silap ku itu aku bakal kehilangan dia,...

dia dah blok fb aku skang.. enggan bercakap dengan aku.. bahasa dia kini hanya aku kau aja.. aku pulak camner.. terkaku bisu.. tak mampu untuk mempertahan kan diri sendiri

aku tak tau camner agaknya akan jadi lagi... aku tak tau.. apakah ini akhirnya?




Kadang kadang aku lemas.. kenapa aku terus aja mengalah.. tak melawan.. pasal aku berusaha nak jaga terus hubungan aku.. namun akhirnya....
puas aku jaga hati ini jangan terlalu sayang malangnya, skit demi skit hati aku hilang kepadanya.. akhirnya ......kenapa aku tak habis kan kata2 aku? sebab aku pun tak tau apa akhirnya lagi... namun apa yang aku mampu berdoa mohon pertunjuk dari allah sama ada betul dia utk aku atau tidak... 

apakan ini akhirnya?

Wednesday, 14 December 2016

Kerja oh Kerja

Nampak kerja dah makin menimbun... dan nampaknya ada harapan nak naik pangkat nih.. ahahaha... ada peluangker?

skang memang aku dalam training dan nampaknya boss dah mula bagi kepercayaan untuk aku pegang akaun client nampaknya.. bukan satu tapi dua... nampak tak mata cik jah dah blink2 nampak rm jer nih hahahah... seronok kan.. tapi aku tak leh nak update bebanyak hari ni.. cukuplah ini jer kot.. soo leh share selfie?


Tuesday, 13 December 2016

Akhirnya...

Weehooo.. aku terlupa terus nak "hapdet" pasal ni, Akhirnya.... telur sudah pecah. Setelah 2 bulan lebih bertarung mencari candidate, interview candidate, akhirnya seorang telah di terima masuk dan akan bermula kerja bulan 3 ni.. jadi aku kembali bersemangat bekerjacari candidate baru dan dapatkan komisen lebih tinggi... yeahhh dokan yer kengkawan...  By the way jom follow Ig aku erk.. search Qeinz.. nanti aku approve... ciaoo


Monday, 12 December 2016

Ceritera kita

Kembali aku disini menceritakan perasaan hati ini. Aku berasa bermacam-macam dalam hati. Namun cinta adalah segalanya. Aku tak minta untuk memiliki dan di miliki cuma aku gembira akan hadirnya perasaan itu. 

Tak mengapa jika ianya hanya untuk seketika, tak mengapa jika ianya melukakan kerana apa aku harapkan peluang untuk menyintai semula dan aku miliki cinta itu sekarang. Bukan lah mengharap sesuatu yang romantik cuma aku ingin simpan perasaan ini bersama aku sehingga akhir hayatku. 

Aku belajar untuk melupakan segala kesakitan dengan memaafkan dan itu berjaya aku lakukan. Segala yang menyakitkan itu aku buang dari hati, dari ingatan ku ini untuk aku meneruskan hidup ini. Mungkin selama ini aku merasakan cinta yang telah hati itu membunuh hati ku akhirnya aku buka kembali hati ini hanya untuk dia.

You, andainya u bukan untuk i, i redha kerana selama bersama i nak simpan segala kenangan manis kita bersama, I puas hati kerana ada rasa sayang you pada i walaupun ianya bukan cinta. I mimpikan untuk susah senang bersama dengan you sehingga keakhirnya.. I akan bersama dengan u agar u mampu mengaharungi segala duka di hati you, mengharungi kesukaran hidup bersama you sehingg u bangkit semula dan berjaya. Ya hidup ni bagai roda.. ada atas ada bawah.. I tetap syg u walau macam mana pun keadaan u.. I kenal u masa u sedang menghadapi kesukaran, i tetp akan menyokong u walau apa pun keputusan untuk u keluar dari kesukaran u. I buat semua ini sebab ikhlas sayang u. I nak u tau ini, i harap u boleh rasa apa yang i rasa. Doa i kita tetap akan bersama hngga keakhirnya.. Walaupun beza usia kita sgt jauh, i harap itu bukan penghalang. 

Kali ini aku masih lagi tida kongsikan gambar dia kerana aku belum bersedia untuk kenalkan dia pada awak semua... Doakan segalanya menjadi antara kami...

Monday, 28 November 2016

the untitle


Hanya ini sahaja yang aku ada dalam keluarga ku..... ada rezeki akan bertambah insyaallah.. cuma aku harap si dia akan bersama aku dalam gambar ini tahun depan

Saturday, 12 November 2016

Orang ketiga???

Dulu aku sangat marah engan orang ketiga, orang yang aku rasa sebagai pemusnah hubungan aku dulu. Tetapi setelah masa berlalu baru aku sedar, dari aku terus menyalahkan mereka, aku lihat diri aku sendiri dah aku kaji semula tentang hubungan aku semula.

                          

kekurangan itu lebih kepada aku... aku tak mampu nak beri apa yang dia nak.. tak mampu gembirakan dia macam dia dengan orang yang ketiga itu.. kemuadia hubungan kami hanya hubungan biasa berbanding apa yang dia ada masa itu. Dan akhirnya aku faham, aku memaksa hubungan itu, aku telah merosakkan hubungan itu.

Kini aku telah bersama dengan sidia... dan aku mula merasakan aku kembali melakukan kesilapan yang sama semula.. namun kini aku yang menjadi orang ketiga.. apa patut aku lakukan?aku sudah terlanjur sayang pada dia. Aku cuba pujuk hati aku aku... jaga hati aku lagi, dan kini aku hanya menyatakan kalau dia adalah jodoh aku, aku redha...



Sunday, 6 November 2016

Rasa sayang rasa rindu

Semakin hari aku semakin sayang pada dia. Hari- hari rasa rindu.. namun bergitu terasa keraguan di hati ini.. apakah ada keikhlasan hatinya di situ?
Aku tak mahu hendak hukum orang terlalu cepat kerana bagi aku, aku perlu dengar sendiri dari mulutnya.. akhirnya semalam dia terlebih dahulu ucapkan "I love you" pada aku. Aku gembira.. aku harap ianya benar dari hatinya...
Aku tahu umur aku dah banyak... aku tau beza aku amat jauh dari dia.. mungkin soal hati amat sukar di tafsirkan hingga aku terpikat pada dia. Aku terasa seperti remaja yang baru mengenal cinta hanya kerana dia... aku harap dia pun sama seperti ku juga.
Mungkinkah dia orang yang aku cari selama ini? Apakah dia Mr Right yg aku tunggu selama ini? Semuanya pasti terjawab nanti... apa yang perlu aku buat.. jaga hati aku dulu baru hati dia. Kenapa? Pasal aku takut akan terluka lagi dan luka kali ni pasti akan tinggalkan parut kekal..